Sure Good Products Sdn Bhd adalah syarikat milik penuh bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai menyahut seruan kerajaan untuk melihat lebih ramai usahawan Bumiputera berkecimpung dalam bidang pemprosesan makanan yang mempunyai jaminan ‘HALAL’.
Syarikat ditubuhkan bagi mengeluarkan produk makanan yang berasaskan kacang soya iaitu TEMPE. Matlamat utama adalah untuk menghasilkan makanan segera yang mudah disediakan tetapi berlainan dengan produk-produk makanan segera yang lain dimana produk yang dikeluarkan oleh SURE GOOD PRODUCTS SDN BHD mempunyai khasiat yang bagus untuk tubuh badan manusia.
MISI
- Menjadi syarikat pembuatan dan pengeluaran makanan berasaskan Tempe yang ulung di Malaysia dengan jaminan produk yang halal, berkualiti dan berkhasiat.
- Untuk berperanan aktif dalam bidang Kajiselidik & Pembangunan (R&D) produk makanan supaya produk bukan sahaja diterimaguna oleh masyarakat dalam negara tetapi juga di kalangan masyarakat antarabangsa.
- Membentuk rangkaian strategik yang membuka peluang penyertaan dalam perniagaan kepada mereka yang berminat dalam perniagaan makanan.
- Bersama dalam program-program Pembangunan Ekonomi dan Kemasyarakatan untuk golongan yang diberikan perhatian oleh kerajaan.
VISI
Menyedarkan masyarakat pengguna tentang aspek dan nilai kesihatan produk inovatif Mr. Tempe untuk diambil sebagai menu harian tanpa waswas dan untuk menambah bilangan usahawan dalam perniagaan makanan berasaskan tempe.