Monday, November 22, 2010

Tempe Stick

Tempe Stick yang dikeluarkan oleh Sure Good Products Sdn Bhd adalah makanan segera yang berasaskan Tempe.

TEMPE dari aspek Sains Kesihatan merupakan makanan yang mempunyai kandungan nutrisi yang sangat baik bagi proses tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak dan juga baik untuk kesihatan pengguna pelbagai peringkat usia.

TEMPE sudah diterima oleh masyarakat antarabangsa termasuk di Negara Australia, United Kingdom dan beberapa buah Negara Eropah. Hasil kajian golongan cendekiawan mereka, membuktikan kandungan khasiatnya terlalu baik untuk kesihatan dan untuk kehidupan.